Biodata Nazmi Faiz

Nama Penuh: Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh Lahir: 16 Ogos 1994
Tempat Lahir: Lembah Keramat, Kuala Lumpur
Tinggi: 167cm
Posisi: Pemain Tengah
Kelab: Harimau Muda B

Post Terkini

Nazmi Faiz sah akan bermain di Eropah dengan kelab divisyen 1 Portugal, SC Beira Mar selepas Nazmi Faiz menandatangani kontrak selama 3 musim bersama kelab itu.

Menurut laman rasmi kelab tersebut, Nazmi Faiz sudah lakukan yang terbaik untuk mendapatkan kontrak sehingga Jun 2015 itu. Nazmi seterusnya akan menjadi pemain rasmi kelab tersebut pada bulan Ogos ini apabila usianya mencecah 18 tahun.

“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini. Bermain di Eropah telah lama menjadi impian saya. Trial bersama Beira Mar adalah peluang terbaik saya dan saya telahpun berjaya laksanakannya. Saya sangat gembira serta teruja dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan baru ini”  Ujar beliau.

Tahniah, tahniah, tahniah Nazmi Faiz!

Topik ini agak ringkas yang akan menyentuh mengenai twitter Nazmi Faiz. Mungkin ramai yang sudah tahu mengenainya. Apa-apa pun anda boleh follow twitter Nazmi Faiz yang sebenar di sini.

Link twitter Nazmi Faiz: https://twitter.com/NazmiFaiz2112

Sumber twitter Nazmi Faiz didapati dari salah satu fanpage yang boleh dipercayai. Kepada sesiapa yang terlepas pandang profile Nazmi Faiz yang sebenar sebelum ini, kami meminta maaf kerana kami terpaksa membuang link tersebut. Link profile tersebut bukan sahaja mengandungi profile Nazmi Faiz, malah terdapat juga profile ….. =P .

Berkenaan dengan profile Nazmi Faiz yang fake, kami bercadang untuk membuat satu topik mengenainya. Anda juga boleh post di wall kami dan bertanyakan adakah profile itu fake atau tidak. Terima kasih.

Siaran Langsung (Live Streaming) perlawanan Malaysia U23 VS Sydney FC 13 Disember 8.30 Pagi Waktu Malaysia.

Keputusan penuh: Malaysia 3 – 0 Sydney FC . Hazwan Bakri (2 gol ) Gurusamy (1 gol )

Pada hari ini (13 Disember ) jam 8.30 pagi waktu Malaysia , akan berlangsungnya perlawanan antara skuad Harimau Muda Malaysia dengan Sydney FC dari Australia. Skuad Kebangsaan yang telah diterbangkan di sana pada Ahad lalu sudah tentu telah menjalani latihan secukupnya untuk menentang kelab elit dari Australia ini. Waktu perlawanan masih belum dapat ditentukan lagi, begitu juga dengan kebenaran mengenai Live Streaming ini masih menjadi tanda tanya. Pihak media samada Astro mahupun RTM juga tidak mengeluarkan berita rasmi samada akan menyiarkan perlawanan ini di kaca televisyen anda. Pihak NazmiFaiz.com sedaya upaya telah mencari sumber terbaik agar perlawanan Malaysia menentang Sydney FC ini dapat dipertontonkan kepada peminat Skuad Kebangsaan yang tidak kenal erti putus asa dalam menyokong negara.

Setelah melakukan pencarian, kami menemui live streaming Sydney FC melalui laman web mereka. Anda boleh lihat di bawah ini. Diingatkan sekali lagi, waktu perlawanan Malaysia dan Sydney FC adalah pada pukul 8.30 pagi waktu Malaysia. Walaubagaimanapun, sumber Live Streaming di bawah belum tentu lagi akan menyiarkan perlawanan ini.

“Channel Live Streaming Sydney FC sudah dikeluarkan dari website ini.”

Update: Perlawanan kedua Skuad Harimau Muda menentang Central Coast Mariner FC akan diadakan pada hari esok. ( sehari awal dari jadual perlawanan yang sepatutnya ). Jangan lupa share tau!

Update: Malaysia 3 – 0 Sydney FC

Mungkin ramai yang telepas menyaksikan siaran langsung Skuad Harimau Muda yg dijemput ke Stadium Angkasa RTM beberapa hari yang lepas.  Beberapa pemain dari keseluruhan 17 pemain Harimau Muda yang datang dan Ong Kim Swee sendiri sebagai jurulatih telah ditemuramah oleh 2 pengacara RTM pada ketika itu. Antara pemain yang diajukan beberapa soalan adalah seperti Nazmi Faiz, Khairul Fahmi, Badrol Bakhtiar, Fakri Saarani, Fadhli Shas, Gurusamy, Mahali Jasuli, dan Fandi Othman. Kelihatan beberapa pemain agak gugup ketika menjawab soalan yang diajukan mungkin kerana siaran langsung.  Sebelum rancangan ini, 4 pemain telahpun ditemuramah secara langsung dalam Malaysia Hari Ini iaitu Fandi Othman, Mahali Jasuli, Nazmi Faiz dan Muslim Ahmad.

Soalan yang lebih banyak diajukan kepada jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee dan ternyata beliau menjawab soalan dengan penuh bijak dan ternyata menjawab beberapa pertanyaan yang seringkali bermain difikiran peminat tempatan. Antara yang menarik adalah seperti peluang negara kita, iaitu Malaysia yang layak ke pusingan ketiga kelayakan olimpik dan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang layak, bukanlah sesuatu yang senang untuk dikecapi. Tambahan pula pemain dapat menimba pengalaman dalam 6 perlawanan walaupun mereka telah tewas 3 perlawanan. Perlawanan menentang pasukan kuat seperti Jepun ( ranking 19 FIFA) pula adalah sesuatu yang amat sukar untuk kita dapat pada masa ini kerana tidak mungkin mereka akan mengajak kita untuk bermain perlawanan persahabatan. Sudah tentu perlawanan ini dapat memotivasikan pemain pemain negara dan sedikit sebanyak diberi pendedahan kepada corak serta aksi pasukan kelompok terbaik dunia ini.

Mari saksikan sedutan di RTM selama 58minit ini eksklusif di NazmiFaiz.com

 

Anti betul kalau ada yang cuba nak kutuk Nazmi Faiz ni. Kalau kutukan membina tidak mengapa. Tapi seolah-olah cakap tapi tidak menggunakan akal. Seorang Blogger yang bertopengkan “Patah Taring” mengutuk Nazmi Faiz dan ini merupakan screenshot dari topik tersebut.

Patah Taring

Dari Blogger Patah Taring

Pihak NazmiFaiz.com tak mahu nak ulas banyak pasal ni, tapi lihat sendiri la mentaliti masyarakat kita sekarang. Dengan bahasa kasar yang ditunjukkan, dan topik yang diulas seperti orang yang tidak cukup ilmu. Komen anda tentang ini?

Skuad Harimau Muda telah dijemput untuk menjayakan rancangan Malaysia Hari Ini Tv3 pada 5 Disember. Antara yang hadir adalah Nazmi Faiz, Fandi Othman, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli. Mereka kelihatan agak gementar dan sedikit kelakar di hadapan televisyen semasa menjawab soalan yang diajukan Elly Iskandar. Mari kita lihat rakaman menggunakan telefon bimbit mengenai skuad Harimau Muda ini. Kredit video ini diberikan kepada fanpage “Kami Sokong Mohd Muslim Ahmad“.

Skuad Harimau Muda kemudiannya telah dijemput ke konti HotFM untuk menghangatkan lagi suasana pagi di sana. Mari kita lihat gambar-gambar mereka di HotFM.

Nazmi Faiz dan Lisa Surihani

Jelesnya! Nazmi Faiz dan Lisa Surihani

Mahali, Muslim, Nazmi, Fandi

Mahali, Muslim, Nazmi, Fandi

Harimau Muda, Faizal Ismail, sy8

Harimau Muda, Faizal Ismail & sy8(Usop)

Nak tengok gambar lain, terus ke Galeri Harimau Muda HotFM . Like & komen post ini untuk berkongsi dengan rakan anda.

Sekiranya anda peminat Nazmi Faiz Mansor, anda perlu tahu sedikit sebanyak tentang fakta mengenai beliau.

Nazmi dan rakan rakan

Nazmi dan rakan rakan

 

Fakta 1: Nazmi lebih dikenali dengan panggilan Nami oleh kenalan terdekat.

Fakta 2: Nazmi pernah menjadi Kapten Pasukan Bolasepak SSBJ U15.

Fakta 3: Nazmi boleh mengawal bola dengan baik menggunakan kedua-dua belah kakinya.

Fakta 4: Nazmi disenaraikan dalam skuad kebangsaan sejak perlawanan menentang Jepun dalam Kelayakan Olimpik 2012

Fakta 5: Nazmi bermain untuk kali pertama dalam skuad kebangsaan ketika menentang Thailand dalam Sukan SEA 2011 Jakarta.

Fakta 6: Nazmi menjaringkan gol pertama untuk skuad kebangsaan dalam perlawanan menentang Bahrain dalam Kelayakan Olimpik 2012.

Fakta 7: Nazmi tidak boleh bermain keseluruhan 90 minit permainan kerana masalah kekejangan otot. [ Fakta ke ni? ]

Fakta 8: Nazmi mempunyai peminat yang ramai dikalangan perempuan [ pengganti Justin Bieber? ]

Fakta 9:  Nazmi sanggup meninggalkan akademik dengan tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana merasakan dirinya lebih menyerlah dalam bidang sukan bola sepak.

Fakta 10:  Nazmi masih belum ketahui tarikh untuk menduduki SPM kerana segalanya sedang diuruskan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Fakta 11: Nazmi sudah mula bermain bola sepak dengan memaksa ayahnya untuk bermain bersama sejak usianya 6 tahun lagi.

Fakta 12: Nazmi mempunyai seorang kakak, dua orang abang dan seorang adik.

Fakta 13 : Nazmi sahaja yang mempunyai bakat besar dalam bidang ini walaupun seluruh keluarganya meminati bola sepak.

Ok itu sahaja 13 Fakta yang kami rasa anda perlu tahu. Sekiranya ada lagi fakta yang tertinggal atau tersilap, anda boleh komen di sini.

Sedikit update untuk Skuad Kebangsaan yang akan diterbangkan ke Australia pada 10 Disember ini, mereka akan kembali ke Kem Latihan di Wisma FAM hari ini ( 5 Disember ) .  Berikut adalah perlawanan yang akan diadakan di sana.

13 Disember 2011 – HARIMAU MUDA vs Sydney FC
15 Disember 2011 – HARIMAU MUDA vs Central South Mariner
19 Disember 2011 – HARIMAU MUDA vs Newcastle United

Sila share & komen topik ini untuk kongsi bersama rakan-rakan anda.

Gol Nazmi Faiz mendapat undian tertinggi di laman web Poland. Sebelum ini video gol Nazmi Faiz telah mendapat tempat di website 101greatgoals. Anda boleh membacanya di sini. Kali ini Video Gol ini mendapat tempat di laman web Poland yang terkemuka. Untuk pengetahuan anda, laman web Poland ini dikunjungi oleh ratusan ribu pelawat sehari dan merupakan website ke 10 dalam carta website Poland dan 688 untuk carta dunia ( sumber Alexa statistik ).

Website yang diberi nama Interia.pl ini telah memilih 12 Video terbaik dari seluruh dunia untuk undian. Dengan tajuk topik “Gol Tercantik dalam bulan November 2011″, gol Nazmi Faiz kini mula meraih undi tertinggi 40% daripada jumlah keseluruhan 6716 Undi setakat ini. Website yang ditulis dalam bahasa Poland (Polish ) ini boleh ditukar bahasa secara automatik menggunakan pelayar web Google Chrome.

Sekiranya anda sayangkan Nazmi Faiz, anda boleh tolong vote untuk Nazmi. Sekurang-kurangnya dengan undian ini, media di Eropah akan mula perasan bakat yang ada pada pemain muda ni.

Anda akan lihat kotak seperti di bawah di sebelah kanan website tersebut dan cuma perlu pilih Nazmi Muhamad Faiz Mansor dan tekan “Głosuj” atau vote dalam bahasa Inggeris. Itu sahaja!

Vote Nazmi Faiz

Url Laman web Poland untuk undi video tersebut di sini : Klik untuk undi Nazmi Faiz

Komen atau like post ini untuk kongsi di Facebook anda. Terima kasih.

Pada 3 Disember 2011, Majalah 3 memaparkan tentang kemenangan Harimau Malaya di Sukan Sea dan temuramah dengan beberapa pemain skuad kebangsaan seperti Apex, Fadhli Shas dan Nazmi Faiz. Nazmi pada permulaan bermain menentang pasukan Thailand sudah menunjukkan sikap yang positif seperti tidak gugup dan dapat mengawal bola dengan baik walaupun berlaku beberapa kesilapan.

Dalam perlawanan seterusnya skuad kebangsaan tampak yakin untuk memberikan peluang kepada Nazmi untuk memegang bola dengan lebih kerap. Pertemuan dengan Bahrain akhirnya membuahkan hasil apabila Nazmi Faiz dapat menjaringkan gol dengan menggunakan kaki kiri dari jarak 20 meter.

Nazmi yang yang semakin mendapat tempat di hati peminat bola sepak ini mempunyai perwatakan yang lembut dan menarik menerusi temubual yang dipaparkan walaupun hanya sekejap.  Mari tonton sedutan video Nazmi Faiz dalam Majalah 3.

Video Nazmi yang lain boleh dilihat DI SINI. Terima kasih kerana sudi melawat. Mohon like dan share.

Search gambar Nazmi Faiz mesti jumpa gambar di atas padang je. Macamana la rupanya Nazmi ni di luar padang ye? Mesti hot jugak kan? Jom kita tengok beberapa gambar Nazmi Faiz yang lain. Yang gadis2 pasti akan membuat koleksi samada disimpan atau dijadikan profile picture di Facebook. Tidak kisahlah asalkan anda bahagia. ye tak? hehe.. jom layan gambar2 lain ni.

Nazmi Faiz Gangster

Interview Filem KL Gangster. gurau je

Nazmi Faiz dan abang

Bersama abang Nazmi (namanya Najib tapi bukan PM)

Selamat Datang

Aksi pertama Nazmi Faiz dipersembahkan melalui perlawanan menentang Thailand di Sukan SEA 2011. Pujian harus diberikan kepada Nazmi Faiz kerana mempunyai gaya permainan yang bermutu tinggi. Pemain yang diberi gelaran KAKA Malaysia ini juga dikaitkan dengan pemain ternama seperti David Villa dan Xabi Alonso kerana corak permainan yang ditunjukkan. Sikap Nazmi Faiz yang rajin mengejar bola, memberikan hantaran-hantaran tepat serta mencipta banyak peluang gol untuk Malaysia harus dipuji dan dicontohi oleh pemain-pemain senior lain. Nazmi Faiz menjaringkan gol pertamanya untuk negara melalui perlawanan menentang Bahrain untuk kelayakan Olimpik 2012.

Seoqueries terms

  • twitter nazmi faiz mansor
  • faiz nazmi
  • faiz mansor
  • www nazmi faiz com
  • f
  • berita tentang nazmi faiz
  • 0
  • Www nazmifaiz com
  • mss
  • biodata nazmi faiz mansor
  • nazmi faiz mansor biodata
  • nazmifaiz
  • gambar nazmi faiz mansor
  • nazmi faiz com
  • nazmi faiz mansor
  • nadzmi faiz
  • nazmifaiz com
  • biodata nazmi faiz
  • nazmi faiz mansor twitter
  • nazmi faiz